Showing posts with label OSTEMATRIX. Show all posts
Showing posts with label OSTEMATRIX. Show all posts

Sunday, 4 October 2015

Kesihatan Tulang; Ambil kisah..


Rata-rata di luar sana ramai yang tak suka minum susu kan....Korang pastikah keperluan kalsium untuk tulang korang mencukupi seharian jika tak minum susu..?? Apa akan jadi yer..?? hihi


Korang pernah dengar tak perkataan nie... OSTEOPOROSIS
Ape tu..?? 

Meh sini nak share skit pasal OSTEOPOROSIS nie...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.



Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ok..dah tahu ke pasal OSTEOPOROSIS nieh...so korang nak minum susu ke tak..??
Nak tambah kalsium untuk tulang korang tak..??
 
Ke nak biarkan je tulang korang mereput macam tu jer...tugasan macam2 nak kena buat..
haa...senang jer korang...x suka minum susu..Hanya telan OSTEMATRIX senang kan...
 
Kenapa OSTEMATRIX..?? 


Ostematrix...mempunyai:-
  • 1000mg (100%DV) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yg tinggi dan mudah diserap oleh alam semulajadi.
  • 400mg (100%DV) unsur Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium kedalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100%DV) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

Tuesday, 18 November 2014

Susahnya Nak tidur Malam..??

Adakah anda sukar untuk tidur malam...@ alami Imsonia...?? Hmm...anda sendiri boleh tahu jawapannyer kan...

pastinyer saya akan bantu anda utk atasi masalah anda...dan itulah matlamat saya...selesaikan masalah sesiapa yg memerlukan dari segi kesihatan...saya akan berikan tips...

Apapun anda perlu tahu...apakah kepentingan KALSIUM dalam diet harian anda yer...

"Kalsium membantu minda menggunkan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin iaitu sejenis bahan membantu untuk tidur.Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mempunyai kedua2 bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yg membantu kita utk tidur."

atau lebih dikenali dengan IMSONIA..Iaitu orang yang sukar tidur malam.Ia biasanya dikaitkan dengan kekurangan Magnesium dan kalsium dalam tubuh.

di sini ...saya ingin jelaskan kenapa kita perlu pilih Kalsium dari Shaklee iaitu OSTEMATRIX untuk tidur lebih lena berbanding jenama lain..??

Ostematrix...mempunyai:-
  • 1000mg (100%DV) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yg tinggi dan mudah diserap oleh alam semulajadi.
  • 400mg (100%DV) unsur Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium kedalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100%DV) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Now...Anda dah tahu kenapa perlu pilih OSTEMATRIX kan...berikut saya sertakan perbandingan Ostematrix dengan jenama lain dipasaran...kita sebagai pengguna harusla bijak dalam membuat pemilihan tambahan pula ia berkaitan dengan Supplement @ makanan tambahan yg melibatkan kesihatan tubuh badan kita...Saya sendiri memilih OSTEMATRIX untuk supplement tambahan bagi kesihatan tulang saya..dan inilah yg terbaik untuk saya dan keluarga...

Nak tahu bagaimana rupa OSTEMATRIX..??...
haa..inilah dia rupanyer....mempunyai 120 biji sebotol dan maximum sehari sehingga 4biji dan sebaiknya di ambil sebelum tidur setiap hari....Anda pasti akan merasa nikmatnyer tidur malam anda yg lena...


 ===========================================================================

Untuk Tempahan dan Info lanjut
Sila hubungi 
Irfah Hamid-Shaklee Independent Distributor (ID No: 933091)
011 2313 3448/ 019 6290194
FB page: Mydeluzzidelight Shoppe



Monday, 3 November 2014

Kenapa Kalsium Penting Untuk Ibu Hamil..??

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

 Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya

Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.



 So..apakah pilihan Vitamin Kalsium Anda..??!
Saya memilih...OSTEMATRIX..yg sememangnyer memberi kesan yg baik untuk ibu hamil...
dan telah dirasai sendiri oleh adik kandung saya..sepanjang hamil anak ke-2 tiada lagi lenguh2 pinggang dan juga gusi berdarah ketika gosok gigi..kalo tidak...masa kehamilan pertama sering terjadi sakit pinggang dan gigi berdarah...Sekarang tiada lagi...Dan juga Kalsium yg cukup untuk dibekalkan kepada pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan...

Oleh itu...anda perlu memilih/terpaksa ambil Kalsium dari OSTEMATRIX Shaklee...sbb ia mmg bagus utk anda dan bayi anda...


======================================================================

Untuk Keterangan Lanjut
Sila Hubungi saya:

Irfah Hamid 011 2313 3448
SID 933091
FB Page: MydeluzzidelightShoppe