Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts

Wednesday, 30 September 2015

Rambut Gugur; Atasinya dengan GLA


Post kali nie ai nak share ngan korang pasal rambut gugur.. Sure korang tak suka rambut gugur kan...merata2 ade je rambut ni kalo gugur...macam2 sebab punca rambut kita gugur ye...So apa korang lakukan nak atasinya...

 

Mesti korang dah naik menyampah kan...?? mesti Mr hubby n anak2 pun bising jer...macam ai...Hero aku Izz kata..."Rambut mama nie mana2 je ade...bersepah2.." hmmm...mama senyum jer...tension jugak..malu pun yer jugak...macam tak pandai jaga diri je ek...

 

Tapi..since ai konsisten pengambilan GLA Shaklee...Memang ade kesan yang positif..yer..
Happy la kann..

Kenapa ai suka kan GLA Shaklee nie..??
Haaa....itulah kelebihan GLA ye...


Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf



Selain dari GLA..ai juga ambil ZINC Complex Shaklee...
nak tahu pasal Zinc klik sini.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

Monday, 6 April 2015

KEPUTIHAN...Masalah Wanita ERA ini

RAMAI menganggap menceritakan mengenai masalah alat sulit atau alat kelamin kepada orang lain sesuatu yang tabu atau memalukan. Akibatnya ramai wanita mengambil sikap berdiam diri apabila berhadapan masalah ini kerana tidak mahu diketahui orang lain.

Hakikatnya pada zaman sains dan teknologi ini, hal berkaitan masalah membabitkan kawasan paling sensitif bagi wanita tidak sepatutnya disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan alat sulit dianggap penting kerana berkait rapat dengan perkara yang berlaku kepada hampir semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta hubungan seksual dan kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.


Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.

Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut Dr Jaafar, pengeluaran cairan atau lendir pada kelenjar mulut vagina (faraj) dipengaruhi rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.

Pengeluaran cairan pada selaput liang vagina dan rongga rahim dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan berkurang.

“Dalam kes normal, cairan atau lendir daripada ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapi tetap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang bulan,” katanya.
Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih atau gembira, wanita hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga, wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan di antara umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.

“Wanita yang mengalami semua tanda di atas tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa asalkan keputihan dialami tidak menyebabkan rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan faktor pemakanan.

Dr Jaafar menjelaskan, keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.

Katanya, keputihan kerap berlaku kepada wanita hamil, namun tidak berbahaya kerana disebabkan faktor psikologi saja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini hilang dengan sendirinya.

“Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berada pada tahap kritikal kerana akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala kuman betahemolytic staph aureus akan menjejaskan kesihatan bayi. Bagi wanita yang belum berkahwin, keputihan akan menyebabkan mereka sukar mendapat anak, gangguan haid, kesakitan serta ketidakselesaan ketika ‘bersama’,” katanya lagi.

Menurut Dr Jaafar, keputihan yang tidak normal boleh dielakkan jika wanita mengamalkan penjagaan kebersihan alat sulit terutama ketika haid.
“Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu,” katanya.

Selain itu, elakkan menyabun atau menyapu gel pembersih pada alat kelamin kerana ini mungkin menyebabkan kekeringan, radang kulit dan gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri pula digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum, begitu juga selepas membuang air kecil serta besar.


Amalan melakukan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj adalah tidak baik dan boleh menyebabkan punca keputihan.
“Ini kerana perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria baik iaitu lactobacilli dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan masalah kulit,” ujarnya.

Katanya, pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Sebaiknya pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Seeloknya pakai pelapik seluar dalam supaya tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan. Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius, biasanya rawatan diberikan mengikut jenis kuman pada cairan vagina. Selepas itu doktor akan memberikan antibiotik bagi mengawalnya.

“Namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius,” jelasnya.

So now...anda telah ketahui masalah keputihan anda bagaimana..?!!
Untuk selesaikan masalah anda....Saya akan bantu anda dengan Shaklee....

Iaitu anda perlu ambil Supplemen GLA COMPLEX dan juga ALFALFA..selain itu juga anda perlukan Garlic Complex sebagai Antibiotik semulajadi anda....Insyaallah...

Anda tak perlu malu @ segan untuk atasi masalah KEPUTIHAN anda yer...





===================================================================
Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe



Tuesday, 18 November 2014

Vitamin Untuk Kulit berjerawat dan parut

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.


Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sumber: www. mamafaiz.com

Irfah Hamid -Shaklee Independent Distributor [ID No: 933091]
011 2313 3448/019 6290194 
Fb Page: Mydeluzzidelight Shoppe


Wednesday, 25 September 2013

KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Hari nie saya nak share ngan uolls pasal GLA nie...saya sendiri dah ambil GLA nie masuk 4 botol dah...Apa yg menyebabkan saya amalkan pengambilan GLA nie...???...Saya mengalami Diabetes type 2..oleh itu..sy pun amalkannya...sehingga sekarang..mmg ade byk perubahan yg berlaku pada diri saya sendiri...kulit semakin cantik...tahap kolesterol pun dh ok...berat badan menurun...apa lagi...semuanya terkawal la..Alhamdulillah...

Dan mesti ada yg nak tahu kan apa bezanya GLA dengan EPO _Minyak Evening Primrose..dan Semua mesti tahu kan Apa itu Evening Primrose Oil...tapi dalam SHAKLEE tiada Primrose Oil hanya ada GLA COMPLEX jer....Jom baca...
___________________________________________________________________________________

Asid lemak untuk wanita
Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.
Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.



GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.




Kelebihan GLA COmplex

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel

Siapa yg perlukan GLA Complex:



~ Diabetes

~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit
** Boleh hubungi saya untuk cara pengambilan suplemen ini.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sesiapa yang berminat dengan GLA COMPLEX nie..

Jom Order...

Semestinya harga paling best saya tawarkan untuk anda..!!!



Saya pengedar sah SHAKLEE anda ID: 933091

Dapatkan konsultansi percuma dengan menghubungi saya:



LIKE fanpage saya :  www.facebook.com/Mydeluzzidelight-Shoppe

Hidup Menjadi-jadi dengan SHAKLEE..!!

KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA COMPLEX SHAKLEE

Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLAShaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.





Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA nie

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
________________________________________________________________________________
JADI PATUT CUBA GLA ATAU TIDAK?.........sememangnyer kena cuba..


Sesiapa yang berminat dengan GLA COMPLEX SHAKLEE.
Jom Order...
Semestinya harga paling best saya tawarkan untuk anda..!!!
Saya pengedar sah SHAKLEE anda ID: 933091
Dapatkan konsultansi percuma dengan menghubungi saya:
LIKE fanpage saya :  www.facebook.com/Mydeluzzidelight-Shoppe

Hidup Menjadi-jadi dengan SHAKLEE..!!