Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah tinggi. Darah tinggi adalah penyakit yang sangat biasa dihadapi masyarakat kita hari ini. Menurut kajian, 32 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah darah tinggi dan 37 peratus dalam peringkat awal penyakit darah tinggi atau ‘pre-hypertension’. Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan,
darah tinggi adalah keadaan tekanan darah sistolik melebihi 140mmHg dan
tekanan darah diastolik melebihi 90mmHg dengan mengambil bacaan
sekurang-kurangnya dua kali dalam dua lawatan oleh doktor. Bagi pesakit
yang menghidap masalah darah tinggi, doktor akan memberikan preskripsi
ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Punca Darah Tinggi?
Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklahpenyempitan
arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung
yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Sebarang keadaan ini boleh
menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah
perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun
tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun dalam kebanyakan kes,
ia mampu dicegah dan dikawal.
Sangat Bahaya!
1. Strok
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan
darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang
lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok.
Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh
juga terjadi.
2. Gangguan penglihatan
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah
di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas
dan boleh mengakibatkan buta.
Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
4. Kerosakan buah pinggang
Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan
bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh
menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada
buah pinggang. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana
kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul
di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini
berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah
pinggang mungkin diperlukan.
5. Serangan jantung
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya
jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali
sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan
jantung terjadi.
6. Kegagalan jantung kongestif
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung
kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah
yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.
Simptom Darah Tinggi
- Bunyi berdengung
- Kemurungan
- Penglihatan kabur
- Bengkak kaki
- Hidung berdarah
Siapa yang Berisiko?
Anda berisiko untuk penyakit darah tinggi jika :
- Tekanan darah melebihi normal.
- Sejarah keluarga.
- Kegemukan.
- Tekanan / stress.
- Pengambilan garam sehari adalah berlebihan.
- Kurang bersenam.
- Merokok.
- Meminum alkohol.
Antara cara pencegahan awal yang anda boleh lakukan.
1. Amal cara DASH
Terdapat kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan, Amerika Syarikat pada 1997 yang menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan mengawal pemakanan. Kajian ini dipanggil Pendekatan Pemakanan untuk Mengawal Darah Tinggi atau DASH yang bermaksud ‘Dietary Approach to Stop Hypertension’. Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi. Ia akan mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.
2. Kurangkan garam
Pada 2000 kajian lanjut pemakanan dengan kaedah DASH ini dibuat dengan mengkaji sama ada mengurangkan garam dalam makanan dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih baik. Hasil kajian mendapati garam berlebihan dalam makanan menyebabkan peningkatan tekanan darah kerana air disimpan oleh buah pinggang menyebabkan peningkatan jisim air dalam badan yang meningkatkan tekanan darah.
3. Amal gaya hidup sihat
Senaman ringan seperti berjalan pantas selama 30 minit ke sejam tiga kali seminggu juga penting untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berhenti merokok juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan pemakanan yang betul, bukan hanya tekanan darah dapat dikawal, malahan berat badan juga dapat diturunkan secara tidak langsung. Berat badan berlebihan juga adalah punca kepada tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Kesimpulannya, dalam pemakanan seharian untuk mengawal tekanan darah, kita perlu mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran, protein putih, kurangkan lemak tepu dan kurangkan garam dalam pemakanan.
4. Amalkan supplemen / makanan tambahan
Jika anda seorang individu yang
menjalani kehidupan serba pantas, kesibukan kerjaya selain faktor
sekeliling yang tidak mendorong anda kepada amalan gaya pemakanan yang
sihat, anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Tetapi,
jika anda benar-benar seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan
sihat dengan nutrisi harian yang mencukupi di samping amalan gaya hidup
yang sihat, anda tidak perlu risau mengenai keperluan untuk mengambil
supplemen. Tetapi, jika anda adalah sebaliknya, maka sila dapatkan
supplemen anda hari ini juga..
Bagaimana memilih supplemen yang
terbaik? Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet
Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan
tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan,
botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa
semua unsur itu. Shaklee ada semua itu.
Sumber : Harian Metro
Bagaimana sebenarnya Omega, Garlic dan Vivix berfungsi untuk masalah Darah Tinggi?
Jangn lupa yer....supplemen ini bukan bertujuan untuk merawat penyakit darah tinggi tetapi ianya bertindak dengan MENCEGAH dan MENGAWAL masalah darah tinggi ini daripada menjadi lebih kronik.
Omega : Asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
Garlic : Kajian menunjukkan bahawa
bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu
mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil
sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat.
Untuk Info dan keterangan lanjut
Call/Whatssap : 011 2313 3448 (Irfah hamid)
Sid 933091
FB page: Mydeluzzidelight Shoppe