Friday 19 December 2014

5 Punca Anda GASTRIK


5 punca penyebab Gastrik:-

1. Kandungan asid yang tinggi dalam perut

Penyakit gastrik ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Pada tahun 1982, dua orang saintis iaitu Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylorii dengan ulser, yang mana bakteria tersebut bertindak mengikis dinding bahagian perut.

Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Ia boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

2. Makan makanan pedas

Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung mendapat gastrik asid. Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Inilah yang menyebabkan kenapa anda menjadi lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.

3. Makan tidak teratur

Adakah selama ini anda selalu makan tengahari tanpa bersarapan, atau juga sering makan sekali sehari atau menunggu hanya waktu lapar sahaja? Selain stres, kurang tidur, kepenatan serta tidak menjaga waktu makan yang betul juga boleh mengundang penyakit gastrik. Cuba atur pola makanan anda 4-5 kali sehari, dalam jumlah sedikit namun dengan kandungan kalori yang cukup dalam sehari.

4. Merokok dengan kerap

Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia yang terdapat di dalam rokok boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Ini bermakna jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda sehingga menimbulkan rasa ‘high’, secara automatic ia turut merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.

5. Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan

Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelas sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik!

Memanglah pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi serius. Jika anda mengalami rasa sakit di pangkal ulu hati, sering rasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna anda sebenarnya mengalami simptom-simptom penyakit gastrik.

Jadi, jangan pandang ringan terhadap penyakit ini kerana ia juga boleh mengundang maut. Sebelum terlambat, anda perlu betul-betul menjaga waktu makan supaya lebih teratur. Jika lalai keadaan anda boleh menjadi semakin parah. Apabila sudah mengalami muntah darah, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah dan ia boleh membuat maut. Maka mencegah itu lebih mudah daripada mengubati!


Anda perlu bertindak sekarang...untuk cegah masalah gastrik anda bertambah parah...Untuk dapatkan info dan keterangan lanjut...jangan malu jangan segan yer...

======================================================================

Untuk Keterangan lanjut dan Tempahan 
Sila hubungi:

Irfah Hamid
Sid: 933091
Call/Whatssap: 011 2313 3448


FB Page: mydeluzzidelight Shoppe