Wednesday 30 September 2015

Rambut Gugur; Atasinya dengan GLA


Post kali nie ai nak share ngan korang pasal rambut gugur.. Sure korang tak suka rambut gugur kan...merata2 ade je rambut ni kalo gugur...macam2 sebab punca rambut kita gugur ye...So apa korang lakukan nak atasinya...

 

Mesti korang dah naik menyampah kan...?? mesti Mr hubby n anak2 pun bising jer...macam ai...Hero aku Izz kata..."Rambut mama nie mana2 je ade...bersepah2.." hmmm...mama senyum jer...tension jugak..malu pun yer jugak...macam tak pandai jaga diri je ek...

 

Tapi..since ai konsisten pengambilan GLA Shaklee...Memang ade kesan yang positif..yer..
Happy la kann..

Kenapa ai suka kan GLA Shaklee nie..??
Haaa....itulah kelebihan GLA ye...


Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf



Selain dari GLA..ai juga ambil ZINC Complex Shaklee...
nak tahu pasal Zinc klik sini.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

Set Kesihatan Optimum SHAKLEE

Hari nie nak share mengenai Shaklee Family Wellness Set..

Cara Makan Set Kesihatan Optimum Shaklee
  Cuba lihat gambar dibawah untuk berkenalan dengan set ni. Set ini memang menjadi amalan diri ku dan keluarga..
set kesihatan optimum shaklee


Set Kesihatan Optimum. Ada Vitalea with iron, vita c dan b complex
  1. Makan vitamin B dan C diawal pagi untuk hari yang lebih ceria bertenaga selepas sarapan. Vitamin B 1 biji dan Vitamin C 1 biji.
  2. Vitamin B akan membantu tenaga dibebaskan dari sarapan. Sebab tu badan rasa best. Korang mesti  nak hari yang tenang dan ceria kan..? Vitamin B ada khasiat untuk kawal stress, lebih mudah kawal perasaan. Sebab tu elok makan waktu pagi.
  3. Korang mesti perasan. Kalau waktu pagi lagi kita dah marah marah, habis satu hari tu kita stress. Muka ketat je. Kan3. Senyum sikit masa stuck dalam jam tu.

  4. Vitamin C penting untuk daya tahan penyakit dan kesihatan kulit. 
 

Beza Antara Set Kesihatan Optimum Dan Set Keluarga Sihat
Ada yang keliru, nak beli set keluarga tapi tersebut set optimum. Beza nya ade ESP jer yer pada Set Keluarga Sihat...tak keliru banyak pun..



set kesihatan keluarga shaklee
Family Wellness Set





Perasan Tak Perbezaannya?
Bezanya tak banyak yer.. Set keluarga ni lebih satu barang je. Tambah Energizing Soy Protein ESP. Ada 20 jenis protein ada dalam ESP untuk bina sel baru.

Kalau kawan kawan nak tahu khasiat ESP boleh baca post dibawah ni 
Klik sini  ESP

 
Apa Fungsi Set Kesihatan Shaklee? 
Set ini memberikan zat berkhasiat diperlukan keluarga anda untuk hidup sihat dan aktif.


Kebaikan Set kesihatan Keluarga

  1. Membantu kuatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit dengan mencukupkan keperluan badan
  2. Tubuh rasa lebih ringan dan cergas
  3. Organ tubuh seperti kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang lebih sihat akan dihasilkan

    ---------------------------------------------------------------------------------

    Untuk sebarang pertanyaaan dan tempahan

    PM fanpage Mydeluzzidelight Shoppe
    Call/SMS/Whatssap 011 2313 3448
    email : irfahhamid@gmail.com

Tuesday 29 September 2015

Carotomax; Karatenoid Terbaik..??

Dulu2 masa kecik2 ..memangla tak suka makan Carrot...huhu...Mak selalu cakap..makan carrot mata cantik dan tak rabun.. Xpercayala masa tu kann..Sekarang dapatla kesannya huk huk...apakandaya x mendengar kata emak dulu kann..korang ingat x?? ade tak mak korang pesan camtu..??

 

Laa nie...anak sendiri pun susah nak makan sayur-sayuran especially carrot nie...huhu...ikut mama la gamaknyer...hihi...tak jemu2 suruh diorang makan sayur...carrot la terutamanya....

 

Apa yang bagus sangat sampai boleh elak rabun mata? Sebenarnya, tumbuhan yang berwarna merah-oren-jingga-kuning ini TINGGI kandungan Karatenoid. Apakah Karotenoids? Karotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

 

CAROTOMAX ini menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Korang tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja. Takkan nak telan buah-buahan sebanyak itu setiap hari?

 

Apakah fungsi dan kebaikan Karatenoid?


1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik

3. Meningkatkan sistem imunisasi

4. Membetulkan fungsi organ tubuh
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK. Tapi, ramai ke yang tak masak carrot dan tomato? Jarang kan?

FUNGSI CAROTENOID:


  • Mencegah kanser
  • Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membran di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  • Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
  • Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
  • Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
  • Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
  • Membina semula sel-sel yang rosak.
  • Melindungi dari rabun malam.
  • Menjaga kesihatan mata.
  • Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta kesihatan umum.
  • Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Dalam 1 Kapsul CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:

  • Beta Karotena Sama dengan 102  bahagian Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 bahagian Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285  bahagian  pink grapefruit
  • Alpha karoten sama dengan 89 bahagian  Raspberi





Larat telan buah-buahan sebanyak ini dalam sehari?  Maka kita perlu HANYA makan 1 biji kapsul sehari untuk perlindungan mata dan kulit yang sihat. Nak mata yang bersinar-sinar dan tak mau rabun kan?
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. Sumber tumbuhan ini juga dipilih secara berhati-hati untuk mendapatkan hasil yang terbaik! Sapa yang dapat faedahnya? Kitaaa juga!





Nak beli? Murah je tau. Sebotol ada 30 capsule mudah telan dan untuk kegunaan sebulan. Jom, pilih CAROTOMAX- Karotenoid Terbaik Dunia Hanya Dalam Satu Kapsul Saja.  
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Monday 28 September 2015

Apa dia KARATENOID..??

Sumber antioksidan semulajadi terbaik!


Selama bertahun lamanya ahli-ahli sains mengkaji khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran serta kepentingannya terhadap kesihatan. Dan penemuan terbaru telah membongkar rahsia sains fitonutrien bagi mencapai tahap perlindungan antioksidan yang maksima. Fitonutrien merupakan sebatian yang terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan tertentu. Fitonutrien terhebat yang digelar karotenoid didapati dapat membekalkan tubuh dengan perlindungan antioksidan yang amat mujarab.




Pencemaran alam, pendedahan kepada sinaran cahaya matahari, stres malah metabolisme biasa boleh menghasilkan radikal bebas yang akan merosakkan sel-sel dan DNA pada tubuh kita. Manakal, antioksidan berupaya membantu melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas. Oleh itu, kita memerlukan perlindungan antioksidan yang lebih pada zaman ini berbanding dahulu!




Karotenoid- krotenoid ini mempunyai kesan dalam jangkamasa panjang terhadap kesihatan mata,prostat,serviks, paru-paru dan jantung. WOW


1) Astaxanthin

Ia biasanya boleh didapati di dalam mikro alga dan fitoplankton. Ia digelar sebagai " Raja Karotenoid" kerana khasiat kesihatannya yang luar biasa. Astaxanthin mempunyai daya mengesan radikal bebas yang tinggi dan dapat mengekalkan tahap kesihatan kolestrol. Tambahan lagi, ia merupakan perisai UVB dan UVA hebat yang dapat mengurangkan risiko kerosakan bahaya akibat daripada terdedah lebih lama di bawah sinaran matahari. Jadi, ia menjadikan kulit anda tampa lebih muda berseri.


2) Likopena / Lycopene



Likopena merupakan pigmen merah yang terdapat dalam tomato, strawberi dan tembikai. Ia membantu untuk mengekalkan kesihatan prostat, servik dan sistem pembiakan. 

3) Alfa dan beta kerotena / Alpha and Beta- carotene


Ia biasanya terdapat dalam brokoli, lobak, tembikai wangi dan ubi keledek. Ia membantu menguatkan sistem imunisasi. Beta kerotena bertukar menjadi retinol yang penting untuk daya penglihatan yang baik.



4) Lutein dan zeaxantin

Lutein dan zeaxantin banyak terdapat di dalam sayur-sayuran berdaun hijau. Ia dikenalpasti dapat menyokong kesihatan mata seiring dengan peningkatan usia dalam proses penuaan. 
___________________________________


Apa? Shaklee ada gabungan karoteoid ini? Karotenoid pilihan saya??





Shaklee menemui cara terBAIK bagi memaksimakan perlindungan antioksidan tubuh anda. Justeru itu, Shaklee mencipta produk antioksidan yang dinamik iaitu Carotomax di mana ia menawarkan spetrum antioksidan yang luas bagi membantu melindungi sel tubuh dari kerosakan ancaman radikal bebas. 
Klik Gambar untuk lebih jelas
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday 27 September 2015

LEMON; Pelbagai Khasiatnya & Tips

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?





 

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

 

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

 

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

 

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

 


Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

 


Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

 

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

 


Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan

  
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Mencuba..!!
Sihat Cantik Dengan Shaklee

Thursday 24 September 2015

Basic H; Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

 

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan

  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah

  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak

  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

     
    Klik gambar untuk lebih jelas

     

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:

  • Dinding

  • Permukaan dapur, jubin dan lantai

  • Peralatan

  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk

  • Tingkap dan cermin

  • Perkakas

  • Benda-benda diperbuat daripada kayu

  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

 

 

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi

Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk

Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi

Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Perbezaan Shaklee

Selamat

  • Tidak bertoksik

  • Tanpa gas beracun

  • Tanpa bahan kimia berbahaya

  • Tanpa bahan pewangi

  • Lembut pada tangan

  • pH seimbang

  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak

  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air

  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa

  • Biorosot

  • Tanpa fosfat

  • Bungkusan yang boleh kitar semula

  • Tanpa bahan pewarna

  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

     ----------------------------------------------------------------------------------

    Call/SMS/Whatssap 011 2313 3448

Wednesday 23 September 2015

Choc Moist Cake & Trifle; Permintaan Hero

Selamat Pagi...arini Irfah nak citer skit hal semalam...ini semua berlaku atas permintaan khas hero kecilku..ALIFF NAUFAL .. "mama..mama watla kek bday adik" cakap naufal...hari2 tiap bulan bday naufal...haha..mmg suka bile hero2 ku suka makan kan..tambahan dengan apa yg kita buat..

Anyway...Irfah dah lama tinggalkan hobi membaking...dulu sebelum Naufal lahir...selalu sehingga menerima tempahan kek (doorgift) untuk 1000pax..Alhamdulillah..walaupun bekerja fulltime...aku masih boleh..
akan kekangan lain...dah hampir 4 tahun ku tinggalkan passion ku ini...rindu ko...suka sangat baking ni...suka makan...suka share dengan semua bile aku tahu sesuatu yang sedap n best...hihi....love it..!!

Hah...inilah dia bakat terpendam yang dah terpendam lama..hihi...ok x??
haha...dah lamo tinggalkan masih tersimpan resepi2 nyer dalam buku hikmat yer....

Dalam masa 3 jam je selesai semuanyer malam tadi...hah..mmg express rakyat la kan....
Hero2 aku n anak2 buah ku x sabar2 tunggu kek faveret diorang nieh...dengan bantuan adik iparku...yg sememangnyer rajin la gitew...Alhamdulillah...tercapai juga misi hebat nie... :)

Abang IZZ x sabar2 nak makan puding TRIFLE....mmg faveret IZZ,,,

Apapun ku bersyukur...dapat sediakan apa yang termampu untuk anak2 dan juga tetamu untuk raya haji nanti...esok raya 24/9/15

Okaylah...x mo citer banyak...
Kalo korang nak order kek bole ajer...Nak order puding Trifle pun bole jugak..
Nanti pm la Irfah yer...011 2313 3448



Choc Moist Cake with Choc Ganache

Choc Moist Cake

Cupcake Choc Moist



Trifle


Monday 21 September 2015

Alfalfa; untuk anda yang mencari FIBER

 Assalam koraang...hari ini Alhamdulillah..kurang sikit rasanyer kesakitan kaki yg melanda sejak 3 minggu lepas...Syukur..Allah masih sayangkan Irfah..

Oklaa..Lusa dah nak menyambut AidilAdha kann...ape persiapan korang utk raya korban kali ini...?? 

Apepun jangan berlebih-lebihan yer..makan daging tak ingat nnti..lain pulak jadinya...ingatan utk diri sendiri jugak nie...hihi...kang xsedo makan byk...


hari nie Irfah nak share pasal ALFALFA yer...antara supplement faveret jugak nie...suka sebab banyak toksin dalam badan la gamaknyer...hikhik..

Jom baca di bawah...


---------------------------------------------------------------------------

Alfalafa juga membantu menyingkirkan toksin dari badan kerana ia beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan.berasid..

Badan korang banyak toksin x ??

Haa..jomla detox dengan Alfalfa..

Sonang yo....telan je setiap hari..hihi..

Yup benar...selain tu....Alfalfa mengurangkan rasa makan @ xselero makanla gamaknyer...

Baik utk korang yang nk selim melimkan badan tu ye...

Lagi...dgn alfalfa..korang ..adalah rahsia keintiman, kesihatan dan kecantikan.yerr..



 Alfalfa ni apa..utk org perempuan je ke..... Eh tak yer.. ia sesuai utk lelaki dan wanita. Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian

  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.

  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).

  5. Merawat arthitis

  6. Bagus untuk elergi dan ekzema

  7. Merawat athma

  8. Mencuci usus bagi membuang toksik

  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

  10. Meneutralkan asid dalam badan

  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).

  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).

  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).

  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).

  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

  16. Meningkatkan stamina seorang suami

  17. Melegakan sembelit

  18. Membuang angin dalam badan

  19. Milk booster

     --------------------------------------------------------------------------------------