Thursday 2 October 2014

DARAH TINGGI..??!!...HYPERTENSION...??!!

Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah tinggi. Darah tinggi adalah penyakit yang sangat biasa dihadapi masyarakat kita hari ini. Menurut kajian, 32 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah darah tinggi dan 37 peratus dalam peringkat awal penyakit darah tinggi atau ‘pre-hypertension’. Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, darah tinggi adalah keadaan tekanan darah sistolik melebihi 140mmHg dan tekanan darah diastolik melebihi 90mmHg dengan mengambil bacaan sekurang-kurangnya dua kali dalam dua lawatan oleh doktor. Bagi pesakit yang menghidap masalah darah tinggi, doktor akan memberikan preskripsi ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Punca Darah Tinggi?

Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklahpenyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Risiko jika anda menghidap penyakit darah tinggi :

Sangat Bahaya!

1. Strok
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
2. Gangguan penglihatan 
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
3. Arteri 
Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

4. Kerosakan buah pinggang 
Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
5. Serangan jantung

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

6. Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Simptom Darah Tinggi


  •  Bunyi berdengung
  •  Kemurungan
  •  Penglihatan kabur
  •  Bengkak kaki
  •   Hidung berdarah

Siapa yang Berisiko? 
   Anda berisiko untuk penyakit darah tinggi jika :

  • Tekanan darah melebihi normal.
  • Sejarah keluarga.
  • Kegemukan.
  • Tekanan / stress.
  • Pengambilan garam sehari adalah berlebihan.
  • Kurang bersenam.
  • Merokok.
  • Meminum alkohol.
Apakah Cara Untuk Mencegah Darah Tinggi?
CEGAH DARAH TINGGI
Antara cara pencegahan awal yang anda boleh lakukan.

1. Amal cara DASH

Terdapat kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan, Amerika Syarikat pada 1997 yang menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan mengawal pemakanan. Kajian ini dipanggil Pendekatan Pemakanan untuk Mengawal Darah Tinggi atau DASH yang bermaksud ‘Dietary Approach to Stop Hypertension’. Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi. Ia akan mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

2. Kurangkan garam

Pada 2000 kajian lanjut pemakanan dengan kaedah DASH ini dibuat dengan mengkaji sama ada mengurangkan garam dalam makanan dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih baik. Hasil kajian mendapati garam berlebihan dalam makanan menyebabkan peningkatan tekanan darah kerana air disimpan oleh buah pinggang menyebabkan peningkatan jisim air dalam badan yang meningkatkan tekanan darah.

3. Amal gaya hidup sihat

Senaman ringan seperti berjalan pantas selama 30 minit ke sejam tiga kali seminggu juga penting untuk mengawal tekanan darah tinggi. Berhenti merokok juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan pemakanan yang betul, bukan hanya tekanan darah dapat dikawal, malahan berat badan juga dapat diturunkan secara tidak langsung. Berat badan berlebihan juga adalah punca kepada tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Kesimpulannya, dalam pemakanan seharian untuk mengawal tekanan darah, kita perlu mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran, protein putih, kurangkan lemak tepu dan kurangkan garam dalam pemakanan.

4. Amalkan supplemen / makanan tambahan


Jika anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, kesibukan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong anda kepada amalan gaya pemakanan yang sihat, anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Tetapi, jika anda benar-benar seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat dengan nutrisi harian yang mencukupi di samping amalan gaya hidup yang sihat, anda tidak perlu risau mengenai keperluan untuk mengambil supplemen. Tetapi, jika anda adalah sebaliknya, maka sila dapatkan supplemen anda hari ini juga..
 

Bagaimana memilih supplemen yang terbaik? Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu. Shaklee ada semua itu.

Sumber : Harian Metro




SET DARAH TINGGI SHAKLEE


Alhamdulillah..setelah saya konsisten makan supplemen iaitu Omega, Garlic dan VIVIX, setiap kali temujanji di Klinik..tiada lagi bacaan darah tinggi saya NORMAL jer.. Kesihatan adalah lebih mahal nilainya daripada wang ringgit.

Bagaimana sebenarnya Omega, Garlic dan Vivix berfungsi untuk masalah Darah Tinggi?

Jangn lupa yer....supplemen ini bukan bertujuan untuk merawat penyakit darah tinggi tetapi ianya bertindak dengan MENCEGAH dan MENGAWAL masalah darah tinggi ini daripada menjadi lebih kronik.
Omega : Asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Garlic : Kajian menunjukkan bahawa bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat.









Untuk Info dan keterangan lanjut
Call/Whatssap : 011 2313 3448 (Irfah hamid)
Sid 933091
FB page: Mydeluzzidelight Shoppe