RAMAI menganggap menceritakan mengenai masalah alat sulit atau alat
kelamin kepada orang lain sesuatu yang tabu atau memalukan. Akibatnya
ramai wanita mengambil sikap berdiam diri apabila berhadapan masalah ini
kerana tidak mahu diketahui orang lain.
Hakikatnya pada zaman sains dan teknologi ini, hal berkaitan masalah
membabitkan kawasan paling sensitif bagi wanita tidak sepatutnya
disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan alat sulit dianggap
penting kerana berkait rapat dengan perkara yang berlaku kepada hampir
semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta hubungan seksual dan
kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat sulit
yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang
menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada
perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap
perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus
dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan
menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang
tidak normal serta berbau.
“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang
faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang
tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,” katanya.
Menurut Dr Jaafar, pengeluaran cairan atau lendir pada kelenjar mulut
vagina (faraj) dipengaruhi rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir
ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu
berlakunya persetubuhan.
Pengeluaran cairan pada selaput liang vagina dan rongga rahim
dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya
sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada
peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan berkurang.
“Dalam kes normal, cairan atau lendir daripada ketiga-tiga sumber ini
berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala
cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapi tetap jernih. Ini banyak
berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau
sesudah datang bulan,” katanya.
Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang
sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih atau gembira, wanita
hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga, wanita yang sedang
dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan di antara
umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya
akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.
“Wanita yang mengalami semua tanda di atas tidak perlu risau kerana
ini adalah perkara biasa asalkan keputihan dialami tidak menyebabkan
rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali keputihan yang tidak
normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan
seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada
sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan
faktor pemakanan.
Dr Jaafar menjelaskan, keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan
bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan
berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang
disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu bergumpal, berbau masam,
rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.
Katanya, keputihan kerap berlaku kepada wanita hamil, namun tidak
berbahaya kerana disebabkan faktor psikologi saja. Apabila sudah
melahirkan anak, masalah ini hilang dengan sendirinya.
“Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berada pada
tahap kritikal kerana akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala
kuman betahemolytic staph aureus akan menjejaskan kesihatan bayi. Bagi
wanita yang belum berkahwin, keputihan akan menyebabkan mereka sukar
mendapat anak, gangguan haid, kesakitan serta ketidakselesaan ketika
‘bersama’,” katanya lagi.
Menurut Dr Jaafar, keputihan yang tidak normal boleh dielakkan jika
wanita mengamalkan penjagaan kebersihan alat sulit terutama ketika haid.
“Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama
pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang
sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka
perlu ingat untuk menukarnya selalu,” katanya.
Selain itu, elakkan menyabun atau menyapu gel pembersih pada alat
kelamin kerana ini mungkin menyebabkan kekeringan, radang kulit dan
gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih
sabun.
Pasangan suami isteri pula digalakkan membersihkan alat kelamin
dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang
optimum, begitu juga selepas membuang air kecil serta besar.
Amalan melakukan douching iaitu memasukkan jari atau
pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj
adalah tidak baik dan boleh menyebabkan punca keputihan.
“Ini kerana perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria baik
iaitu lactobacilli dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian
luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan masalah
kulit,” ujarnya.
Katanya, pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat
akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini
akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan
akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Sebaiknya pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan
lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Seeloknya pakai pelapik
seluar dalam supaya tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan
ketidakselesaan. Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang
serius, biasanya rawatan diberikan mengikut jenis kuman pada cairan
vagina. Selepas itu doktor akan memberikan antibiotik bagi mengawalnya.
“Namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan
dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia
berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit
serius,” jelasnya.
So now...anda telah ketahui masalah keputihan anda bagaimana..?!!
Untuk selesaikan masalah anda....Saya akan bantu anda dengan Shaklee....
Iaitu anda perlu ambil Supplemen GLA COMPLEX dan juga ALFALFA..selain itu juga anda perlukan Garlic Complex sebagai Antibiotik semulajadi anda....Insyaallah...
Anda tak perlu malu @ segan untuk atasi masalah KEPUTIHAN anda yer...
===================================================================
Untuk Info lanjut dan Tempahan:
Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194
FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe