Tuesday, 5 May 2015

OMEGA LECITHIN VIVIX...Promo MEI yang D'Boom

Assalamualaikum...
Punyelah lama saya tak update blog haaa,,,,dah bersawang dah...hhahaaa....

Hah arinie...Irfah bersemangat nak share dengan anda semua pasal promo MEI 2015 yang memang d'boom yer,....memang syiok giler...tapi x delah sampai giler yer...hihi..

Shaklee Malaysia bulan nie telah berbesar hati buat promosi produk 3 sekali gus yang sememangnyer produk yang hot dan terbaik untuk anda semua...terutamanya untuk anda yang sememangnyer mementingkan kesihatan dalaman.

Apa tak nyer...kann...VIVIX mmg terbaik untuk semua jenis penyakit dan juga untuk kecantikan berpanjangan luaran dan dalaman... dan lagi...OMEGAGUARD minyak ikan terbaik dari Shaklee untuk anda bulan nie di beri promosi hebat yer....dan juga LECITHIN yang mana memang baik untuk anda yang mementingkan rupaparas yang cantik molek dan diet yang seimbang...gabungan hebat OMEGAGUARD dan LECITHIN untuk anda yang nak kurangkan berat badan tu yer...

 Nih lagi best....Shaklee nak bagi Free Gift untuk anda yang mendaftarkan diri anda sebagai Ahli sepanjang bulan ini dengan pembelian mana-mana produk Shaklee...apa FREE GIFT tuh...??...

Semestinyer lah....MULTIVITAMIN terbaik dari SHAKLEE...iaitu VITALEA-IRON FORMULA...anda akan dapat sebotol Vitalea dengan pendaftaran ahli sebanyak RM 68.90 Seumur hidup dan pembelian mana2 produk shaklee...

Kenapa Anda perlu dapatkan Promosi MEI ini...Sebabnya..tiap2 satunya mempunyai kelebihan dan kebaikan yang memang anda perlukan...Nanti saya akan share satu persatu yer...Tunggu entri selepas ini yer..



Best PROMO ....

LECITHIN - Beli 6 Percuma 1 @ Beli 2 Diskaun 5%

OMEGA GUARD  - Beli 6 Percuma 1 @ Beli 2 Diskaun 5%

VIVIX - Beli 2 Diskaun 5%, Free Membership, Free Postage, Cash bonus, Free VITALEA 1 botol






Nantikan Entri yang selanjutnya...Irfah akan Share lagi Promo MEI nie yer...

==========================================================================

Untuk Info dan keterangan lanjut

Call/Whatssap : 011 2313 3448 (Irfah Hamid)
FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe
 
 

Monday, 6 April 2015

KEPUTIHAN...Masalah Wanita ERA ini

RAMAI menganggap menceritakan mengenai masalah alat sulit atau alat kelamin kepada orang lain sesuatu yang tabu atau memalukan. Akibatnya ramai wanita mengambil sikap berdiam diri apabila berhadapan masalah ini kerana tidak mahu diketahui orang lain.

Hakikatnya pada zaman sains dan teknologi ini, hal berkaitan masalah membabitkan kawasan paling sensitif bagi wanita tidak sepatutnya disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan alat sulit dianggap penting kerana berkait rapat dengan perkara yang berlaku kepada hampir semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta hubungan seksual dan kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.


Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.

Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut Dr Jaafar, pengeluaran cairan atau lendir pada kelenjar mulut vagina (faraj) dipengaruhi rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.

Pengeluaran cairan pada selaput liang vagina dan rongga rahim dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan berkurang.

“Dalam kes normal, cairan atau lendir daripada ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapi tetap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang bulan,” katanya.
Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih atau gembira, wanita hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga, wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan di antara umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.

“Wanita yang mengalami semua tanda di atas tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa asalkan keputihan dialami tidak menyebabkan rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan faktor pemakanan.

Dr Jaafar menjelaskan, keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.

Katanya, keputihan kerap berlaku kepada wanita hamil, namun tidak berbahaya kerana disebabkan faktor psikologi saja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini hilang dengan sendirinya.

“Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berada pada tahap kritikal kerana akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala kuman betahemolytic staph aureus akan menjejaskan kesihatan bayi. Bagi wanita yang belum berkahwin, keputihan akan menyebabkan mereka sukar mendapat anak, gangguan haid, kesakitan serta ketidakselesaan ketika ‘bersama’,” katanya lagi.

Menurut Dr Jaafar, keputihan yang tidak normal boleh dielakkan jika wanita mengamalkan penjagaan kebersihan alat sulit terutama ketika haid.
“Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu,” katanya.

Selain itu, elakkan menyabun atau menyapu gel pembersih pada alat kelamin kerana ini mungkin menyebabkan kekeringan, radang kulit dan gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri pula digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum, begitu juga selepas membuang air kecil serta besar.


Amalan melakukan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj adalah tidak baik dan boleh menyebabkan punca keputihan.
“Ini kerana perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria baik iaitu lactobacilli dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan masalah kulit,” ujarnya.

Katanya, pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Sebaiknya pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Seeloknya pakai pelapik seluar dalam supaya tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan. Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius, biasanya rawatan diberikan mengikut jenis kuman pada cairan vagina. Selepas itu doktor akan memberikan antibiotik bagi mengawalnya.

“Namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius,” jelasnya.

So now...anda telah ketahui masalah keputihan anda bagaimana..?!!
Untuk selesaikan masalah anda....Saya akan bantu anda dengan Shaklee....

Iaitu anda perlu ambil Supplemen GLA COMPLEX dan juga ALFALFA..selain itu juga anda perlukan Garlic Complex sebagai Antibiotik semulajadi anda....Insyaallah...

Anda tak perlu malu @ segan untuk atasi masalah KEPUTIHAN anda yer...





===================================================================
Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe



Tuesday, 17 March 2015

17 Kelebihan Vitamin ZINC; Zinc Complex

Sebelum itu tahukah anda bahawa ZINC merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
     
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
     
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
     
  •   Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
     
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
     
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
     
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
     
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
     
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
     
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
     
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
     
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
     
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
     
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
     
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
     
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Berapa banyak zinc yg anda perlukan? Sila rujuk jadual dibwh.
Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg
____________________________________________________________________
Anda berminat nak cuba suplemen zinc dari jenama Shaklee?

Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*
 
===================================================================
 
Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe
 

SET PENCUCI MUKA NUTRIWHITE; RAMUAN LEMBUT & SEMULAJADI

Assalamualaikum, lamanyer laa irfah x update blog nie...dah bersawang dah....promosi2 yg lepas pun x upadate sini..hihi...apapun Alhamdulillah arini diberi kesempatan utk bersihkan sawang2 yg dah banyak nie,,,
Arini terbuka hati pulak nak share ngan anda semua...pasal NUTRIWHITE Set Pencuci muka Shaklee...Sebelum nie irfah dengar jer laa citer2 dari sid2 yg pernah consume nie kan...katanya jimat dan beri kesan yg hebat gitew....cewahhh..laa nie irfah pun dah jatuh hati dengan set nie...tapi permulaan gunakan Gentle deep Foaming cleanser jer dl....Fuhhhh !! mmg superb...jimat mmgla jimat...sbb gunakan sikit jer..tapi buihnyer mmg best..lembut jer di cuci pada wajah kita.....anda cuba lah apelagi...mmg beri kesan kat wajah kita....nampak awesome...!! diri sendiri nampak hasilnya....sbb muka irfah nie jenis berminyak kan...so skrg tidak lgi...tambahan pulak konsisten amik ESP VIT C n BCOMPLEX dan GLA...mmg jatuh cinta bangattt la kat SHaklee nieh...
Hmmmm..Terangkat lak sendiri yer...xpe sape lagi nak puji kalau x diri sendiri...hihihi...

So di sini Irfah share Full set Pencuci NUTRIWHITE nie....
 
 http://1.bp.blogspot.com/-BCPJMGmfNBM/UBmaYKuZV5I/AAAAAAAAD4c/3U89RMN4hjs/s1600/Image131133328.jpg
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-
Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream-
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

Gentle Deep Foaming Cleanser-
Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener-
Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan

Gentle Action Makeup Remover-
Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri


Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah
Spot Whitening Treatment-
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus
============================================================
 Okayla..setakat nie jer...Jika anda berminat nak cantik molek halus mulus wajah anda...jom contac Irfah yer...Jangan Malu jangan Segan...Insyaallah Irfah akan bantu anda... 


Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe

Monday, 26 January 2015

Apakah itu RESVERATROL..??

RESVERATROL merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur.
Anti-Oksida sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada ‘berkarat’.

Mengikut kajial klinikal, Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis MUSCADINE adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.





Vivix Shaklee kaya dengan resveratrol yang mempunyai pelbagai khasiat untuk penyakit-penyakit kronik dan juga awet muda

Kandungan Resveratrol & Anggur Muscadine

Anggur Muscadine merupakan salah satu ramuan utama dalam Vivix dan mempunyai kandungan Resveratrol yang tinggi
Untuk pengetahuan anda, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratoral berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesies yang lain.

Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM 100.

 

Cara Mudah & Murah Untuk Dapatkan Khasiat Resveratrol

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.
Vivix merupakan makanan tambahan yang boleh membantu merawat penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan juga diabetes
Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.

 

Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Resveratrol

Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer.

Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda..  Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun!

Nak Cuba Vivix?

Harga sebotol Vivix hanya RM475 dan ianya boleh bertahan selama dua bulan. Khas untuk yang membeli daripada saya, anda akan mendapat keahliah Shaklee percuma (bernilai RM65).


___________________________________________________________________________________________________-

Untuk Keterangan lanjut & Tempahan
Sila hubungi 

Irfah hamid 011 2313 3448 ; SID 933091

FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe

 

Wednesday, 7 January 2015

VITALEA-Multivitamin Kanak-kanak kembali lagi...!!

Berita baik untuk anak-anak tersayang. Vita-Lea kids telah kembali dengan formula yang telah diperbaharui. 

Membantu tumbesaran serta menjaga kesihatan yang menyeluruh. Si kecil pasti suka dengan rasanya yang 

sedap dan pelbagai warna yang menarik. Multivitamin/Multimineral yang terbaik dengan khasiat berikut:-
 
1. Mengandungi 100% vitamins C, D dan E serta kesemua 8 jenis vitamin B

2. Mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zink dsbg

3. Pemanis semulajadi dengan xylitol yang membantu menghalang kavitis

4. Tiada perasa, pemanis dan pewarna tiruan

5. Gluten free – perasa anggur semulajadi

Sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal 1 tahun  keatas.





Untuk Info lanjut dan Tempahan:

Irfah Hamid (Sid: 933091)
011 2313 3448/019 6290194

FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe


Friday, 19 December 2014

5 Punca Anda GASTRIK


5 punca penyebab Gastrik:-

1. Kandungan asid yang tinggi dalam perut

Penyakit gastrik ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Pada tahun 1982, dua orang saintis iaitu Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylorii dengan ulser, yang mana bakteria tersebut bertindak mengikis dinding bahagian perut.

Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Ia boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

2. Makan makanan pedas

Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung mendapat gastrik asid. Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Inilah yang menyebabkan kenapa anda menjadi lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.

3. Makan tidak teratur

Adakah selama ini anda selalu makan tengahari tanpa bersarapan, atau juga sering makan sekali sehari atau menunggu hanya waktu lapar sahaja? Selain stres, kurang tidur, kepenatan serta tidak menjaga waktu makan yang betul juga boleh mengundang penyakit gastrik. Cuba atur pola makanan anda 4-5 kali sehari, dalam jumlah sedikit namun dengan kandungan kalori yang cukup dalam sehari.

4. Merokok dengan kerap

Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia yang terdapat di dalam rokok boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Ini bermakna jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda sehingga menimbulkan rasa ‘high’, secara automatic ia turut merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.

5. Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan

Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelas sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik!

Memanglah pada peringkat awal penyakit ini tidak begitu berbahaya, tetapi jika tidak dicegah boleh menjadi serius. Jika anda mengalami rasa sakit di pangkal ulu hati, sering rasa mual, perut kembung, muntah-muntah, ini bermakna anda sebenarnya mengalami simptom-simptom penyakit gastrik.

Jadi, jangan pandang ringan terhadap penyakit ini kerana ia juga boleh mengundang maut. Sebelum terlambat, anda perlu betul-betul menjaga waktu makan supaya lebih teratur. Jika lalai keadaan anda boleh menjadi semakin parah. Apabila sudah mengalami muntah darah, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah dan ia boleh membuat maut. Maka mencegah itu lebih mudah daripada mengubati!


Anda perlu bertindak sekarang...untuk cegah masalah gastrik anda bertambah parah...Untuk dapatkan info dan keterangan lanjut...jangan malu jangan segan yer...

======================================================================

Untuk Keterangan lanjut dan Tempahan 
Sila hubungi:

Irfah Hamid
Sid: 933091
Call/Whatssap: 011 2313 3448


FB Page: mydeluzzidelight Shoppe