Tuesday 6 October 2015

Usia Tua dihargai setelah Usia Muda..??

Ramai abai kurnia kesihatan di usia muda dan menyesal nanti di hari tua. Anda masih mampu? Bertindak lah HARI INI.

Pasti ramai luar sana yang kurang prihatin tentang kesihatan diri sendiri kan...dan orang2 disekelilingnya...apapun kena pentingkan kesihatan sendiri dulu..baru orang lain...
Tapi apakah tindakan korang yer untuk tingkatkatkan tahap kesihatan korang..??
Tunggu bulan jatuh ke bumi ke baru korang nak bertindak...aduh..aduhai..



Kenapa korang kena bertindak sekarang..??
Sekarang nie..macam2 hal penyakit yang melanda jika tidak memikirkan kesihatan diri dan orang sekeliling..setiap apa yang di makan pasti ada kesannya...

Ku nak share ngan korang Ciri Kesihatan yang OPTIMUM..



4 Ciri Kesihatan Optimum


Anda berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun, ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.

Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan

Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.

Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

Bersenam

Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.

Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.


Dr Abdul Aziz Hj Kechil ialah pakar fisiologi saraf.
Dipetik dari: Berita Harian Online


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk kesihatan yang optimum anda disarankan mengambil supplement@makanan tambahan untuk memastikan nutrisi harian anda mencukupi.

Shaklee mempunyai Set Khas untuk kesihatan OPTIMUM

No comments:

Post a Comment