Wednesday 17 September 2014

Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasi Masalah Gastrik

Masalah gastrik secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis). Untuk membezakan kedua-dua jenis gastrik ini ialah apabila seseorang mengalami sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut (keasidan tinggi) manakala apabila seseorang mengadu sakit perut selepas makan maka ia mungkin menunjukkan masalah ulser perut atau lapisan mukosa sudah menipis atau lemah.


Asid hidroklorik dihasilkan secara semulajadi oleh sel perut dengan pH1 hingga pH2 berfungsi untuk mencernakan makanan. Tahap keasidan ini adalah yang paling tinggi dan mampu menghakis sekiranya terkena kulit. Namun begitu, perut dilindungi oleh mukosa sebagai lapisan pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.
Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid hidroklorik yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung atau mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser di mana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.


Apakah Tanda-tanda Gastrik?

Dalam arus pemodenan sekarang, ramai yang sudah tidak peduli atau tidak sempat untuk ambil peduli dengan cara hidup sihat. Dengan cara pemakanan, rutin harian, tekanan persekitaran dan faktor-faktor lain serba sedikit mengundang pelbagai penyakit dan salah satunya adalah penyakit gastrik. Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah:

rawatan untuk gastrik 

  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa sneak, berangin dan pedih ulu hati
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, kembung
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)
Pada tahap gastrik yang teruk, ulset perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu:
  • Muntah yang pekat mwngandungi darah atau warna gelap seperti kopi
  • Najis menjadi hitam dan gelap seperti tar.

 

Siapa Yang Berisiko Menghidap gastrik?

Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Secara umumnya kaum lelaki lebih mudah menghidap gastrik berbanding kaum wanita dengan perbandingan 1.5 hingga 2 kali ganda ramainya.Kebiasaanya ia disebabkan oleh faktor risiko dan gaya hidup seperti:
  • Pengambilan ubat tahan sakit seterpi ubat sakit jantung untuk mencairkan darah.
  • Merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dengan steroid.
  • Tekanan emosi atau stress.
  • Makanan yang pedas dan masam
  • Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi

 

Apakah Kesan Gastrik Secara Tidak Langsung Terhadap Kesihatan?

Penyakit gastrik merupakan petanda bahawa badan anda menjadi semakin berasid. Ia hanyalah WARNING awal oleh tubuh kita. Ubat-ubatan hanya menipu anda bagi menutup gejala-gejala ini. Masalah gastrik memberi isyarat bahawa sisa-sisa toksin berasid sudah lama bersarang di dalam tubuh anda. Antara gejala lain yang memberi kesan secara tidak langsung akibat tahap asid yang tinggi dalam badan adalah:
Darah menjadi pekat dan gelap
  • Toksik yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan sel darah melekat sesama sendiri menyebabkan ia menjadi gelap. Keadaan ini menyebabkan pengaliran darah tidak lancar.
Kerap merasa letih dan mengantuk
  • Darah yang berasid akan menjadi lebih pekat menyebabkan pengangkutan oksigen dan nutrient kurang efisyen. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen secukupnya, anda akan berasa letih dan mengantuk terutamanya pada waktu petang. Waktu tidur yng lama tidak mampu menyelesaikan masalah ini.
Lemah tenaga batin
  • Sama ada lelaki atau wanita, masalah badan berasid akan mengganggu pengaliran darah dan sistem hormone sekaligus menjejaskan nafsu seks anda.
Masalah gout dan batu karang
  • Apabila kepekatan asid dalam darah semakin tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk Kristal dan berkumpul pada sendi-sendi, di pundi kencing atau di bawah kulit.
Kencing manis
  • Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai tahap asid yang tinggi mudah mengalami kencing manis jenis 2 (sekunder). Keadaan badan yang berasid merosakkan reseptor-reseptor insulin di permukaan sel (masalah rintangan insulin)
Sakit buah pinggang
  • Buah pinggang menjadi semakin lemak ekoran beban yang terpaksa ditanggung untuk memproses sisa dalam badan. Buah pinggang juga perlu bekerja keras untuk menapis ubat-ubatan selain sisa toksik yang ada di dalam tubuh.
Sekiranya anda turut merasakan gejala lain yang berkaitan dengan badan berasid seperti di atas,anda harus mula untuk meneutralkan asid dalam badan sekarang juga! Bertindaklah sebelum ancaman asid itu berebak sampai ke buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan.

 

Apakah Rawatan Yang Biasa Digunakan?

wwb_img23
Dari segi perubatan, terdapat 3 jenis ubat yang biasa digunakan iaitu :
Antasid – Di ambil 3 kali sehari bertujuan untuk memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa).
Antagonis H2 – Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis bagi mengurangkan rembesan asid.
Perencat pam proton (PPI) – mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; ubat ini bisanya diberikan kepada pesakit yang mengalami ulser perut dan gastritis yang teruk.
Kebiasaannya ramai pesakit tidak menghabiskan ubat yang diberikan dan mengambil ubat hanya untuk 3 atau 4 hari iaitu sehingga kesakitan hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi bertujuan untuk memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Tindakan berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.


Cegah Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup dan Pemakanan

Selain dari mengambil ubat yang juga memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Pendek kata, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Antara yang boleh dilakukan ialah:
  • Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol.
  • Berhenti mengambil ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan diet yang teratur.
  • Elakkan makanan yang masam, makanan pedas, berempah, bercili dan banyak bahan pengawet.
  • Sekiranya berpuasa, lewat-lewatkan bersahur.
  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan minuman berkafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut.
  • Kurangkan makanan yang bersifat berangin. Namun begitu faktor ini bergantung kepada ketahanan badan seseorang.



Untuk Info dan keterangan lanjut:

Call/Whatssap : 011 2313 3448
FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe





No comments:

Post a Comment