Wednesday, 17 September 2014

Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasi Masalah Gastrik

Masalah gastrik secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapisi dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk daripada gastritis). Untuk membezakan kedua-dua jenis gastrik ini ialah apabila seseorang mengalami sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut (keasidan tinggi) manakala apabila seseorang mengadu sakit perut selepas makan maka ia mungkin menunjukkan masalah ulser perut atau lapisan mukosa sudah menipis atau lemah.


Asid hidroklorik dihasilkan secara semulajadi oleh sel perut dengan pH1 hingga pH2 berfungsi untuk mencernakan makanan. Tahap keasidan ini adalah yang paling tinggi dan mampu menghakis sekiranya terkena kulit. Namun begitu, perut dilindungi oleh mukosa sebagai lapisan pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.
Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Rembesan asid hidroklorik yang tinggi akan melemahkan lapisan pelindung atau mukosa. Sekiranya ini berlaku, ia akan menyebabkan ulser di mana kesan asid hidroklorik akan sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.


Apakah Tanda-tanda Gastrik?

Dalam arus pemodenan sekarang, ramai yang sudah tidak peduli atau tidak sempat untuk ambil peduli dengan cara hidup sihat. Dengan cara pemakanan, rutin harian, tekanan persekitaran dan faktor-faktor lain serba sedikit mengundang pelbagai penyakit dan salah satunya adalah penyakit gastrik. Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah:

rawatan untuk gastrik 

  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Rasa sneak, berangin dan pedih ulu hati
  • Kerap kentut dan sendawa selepas makan, kembung
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)
Pada tahap gastrik yang teruk, ulset perut akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu:
  • Muntah yang pekat mwngandungi darah atau warna gelap seperti kopi
  • Najis menjadi hitam dan gelap seperti tar.

 

Siapa Yang Berisiko Menghidap gastrik?

Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Secara umumnya kaum lelaki lebih mudah menghidap gastrik berbanding kaum wanita dengan perbandingan 1.5 hingga 2 kali ganda ramainya.Kebiasaanya ia disebabkan oleh faktor risiko dan gaya hidup seperti:
  • Pengambilan ubat tahan sakit seterpi ubat sakit jantung untuk mencairkan darah.
  • Merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Pengambilan ubat tradisional yang telah dicampur dengan steroid.
  • Tekanan emosi atau stress.
  • Makanan yang pedas dan masam
  • Makanan bergoreng dan terlalu berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi

 

Apakah Kesan Gastrik Secara Tidak Langsung Terhadap Kesihatan?

Penyakit gastrik merupakan petanda bahawa badan anda menjadi semakin berasid. Ia hanyalah WARNING awal oleh tubuh kita. Ubat-ubatan hanya menipu anda bagi menutup gejala-gejala ini. Masalah gastrik memberi isyarat bahawa sisa-sisa toksin berasid sudah lama bersarang di dalam tubuh anda. Antara gejala lain yang memberi kesan secara tidak langsung akibat tahap asid yang tinggi dalam badan adalah:
Darah menjadi pekat dan gelap
  • Toksik yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan sel darah melekat sesama sendiri menyebabkan ia menjadi gelap. Keadaan ini menyebabkan pengaliran darah tidak lancar.
Kerap merasa letih dan mengantuk
  • Darah yang berasid akan menjadi lebih pekat menyebabkan pengangkutan oksigen dan nutrient kurang efisyen. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen secukupnya, anda akan berasa letih dan mengantuk terutamanya pada waktu petang. Waktu tidur yng lama tidak mampu menyelesaikan masalah ini.
Lemah tenaga batin
  • Sama ada lelaki atau wanita, masalah badan berasid akan mengganggu pengaliran darah dan sistem hormone sekaligus menjejaskan nafsu seks anda.
Masalah gout dan batu karang
  • Apabila kepekatan asid dalam darah semakin tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk Kristal dan berkumpul pada sendi-sendi, di pundi kencing atau di bawah kulit.
Kencing manis
  • Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai tahap asid yang tinggi mudah mengalami kencing manis jenis 2 (sekunder). Keadaan badan yang berasid merosakkan reseptor-reseptor insulin di permukaan sel (masalah rintangan insulin)
Sakit buah pinggang
  • Buah pinggang menjadi semakin lemak ekoran beban yang terpaksa ditanggung untuk memproses sisa dalam badan. Buah pinggang juga perlu bekerja keras untuk menapis ubat-ubatan selain sisa toksik yang ada di dalam tubuh.
Sekiranya anda turut merasakan gejala lain yang berkaitan dengan badan berasid seperti di atas,anda harus mula untuk meneutralkan asid dalam badan sekarang juga! Bertindaklah sebelum ancaman asid itu berebak sampai ke buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan.

 

Apakah Rawatan Yang Biasa Digunakan?

wwb_img23
Dari segi perubatan, terdapat 3 jenis ubat yang biasa digunakan iaitu :
Antasid – Di ambil 3 kali sehari bertujuan untuk memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa).
Antagonis H2 – Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis bagi mengurangkan rembesan asid.
Perencat pam proton (PPI) – mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; ubat ini bisanya diberikan kepada pesakit yang mengalami ulser perut dan gastritis yang teruk.
Kebiasaannya ramai pesakit tidak menghabiskan ubat yang diberikan dan mengambil ubat hanya untuk 3 atau 4 hari iaitu sehingga kesakitan hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi bertujuan untuk memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Tindakan berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.


Cegah Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup dan Pemakanan

Selain dari mengambil ubat yang juga memberi kesan sampingan terhadap kesihatan, cara yang terbaik adalah dengan mengubah cara hidup dan pemakanan. Pendek kata, mencegah adalah lebih baik dari merawat. Antara yang boleh dilakukan ialah:
  • Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol.
  • Berhenti mengambil ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan diet yang teratur.
  • Elakkan makanan yang masam, makanan pedas, berempah, bercili dan banyak bahan pengawet.
  • Sekiranya berpuasa, lewat-lewatkan bersahur.
  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan minuman berkafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut.
  • Kurangkan makanan yang bersifat berangin. Namun begitu faktor ini bergantung kepada ketahanan badan seseorang.



Untuk Info dan keterangan lanjut:

Call/Whatssap : 011 2313 3448
FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe





Tuesday, 26 August 2014

Nak Kurus...TAPI...Bajet kurang..??!

Ramai wanita yg cantik di luar sana inginkan berat badan yg ideal dan langsing comel molek kan..kan..termasuklah saya hehehe....nak naik kg senang sangat...nak turunkan kg susah...amik masa..tapi since amalkan Set kurus Shaklee..Alhamdulilla senang jer nak turun bila dah naik berat tuh.. :)

Saya memang amik ESP @ Cinch Shake sebelum sarapan setiap hari sebelum kuar gi ofis...dah mmgla akan rasa kenyang perut nie..x perlu nak amik sarapan yg berat2 gitew...

Dalam jam 10 ke 11 pagi...minum pulak Cinch Tea..tapi ni bila ade stok la kan..
Apapun sebelum amalkan yg semua diatas...saya amalkan Set Bajet dulu...sebab masa tuh belum jadi ahli kan..so mmg bajet la...#Alfalfa dan #Lecithin yg diamalkan masa mula2 kenal dgn Shaklee nie..

Setelah nampak perubahan kg..mmg sy amalkan terus utk kesihatan juga...



Dapatkan SET KURUS BAJET nie sekarang...Insyaallah saya akan bantu anda dalam mencapai impian anda mengecilkan saiz badan dan sihat..Allahualam...


Untuk Tempahan dan Pertanyaan
Sila Hubungi:

Irfah Hamid 011 2313 3448
FB Page: Mydeluzzidelight Shoppe


Wednesday, 20 August 2014

Alergi...Resdung..??...Menganggu aktiviti harian?!

As salam olsss...entri Kali nie saya nak share mengenai resdung..Anda tahu  apa itu resdung??

Resdung atau Sinusitis adalah radang pada lapisan rongga hiding yang memiliki beberapa pasangan iaitu funtal, ethmoid, maxillans dan sprenoif.

Saya percaya rata2 diluar sana pasti ramai yang mengalami resdung...ye ke tidak?....adakah anda salah seorang yg alami resdung..??

Adakah anda mengalami simptom2 resdung??

Tanda-tanda resdung:
  • Hidung selalu tersumbat.
  •  Lendir dari hidung dan tekak
  •  Sakit/rasa gatal muka terutama kawasan antara mata.
  •  Sakit tekak yg berpanjangan/berulang
  •  Demam/rasa tidak sedap badan yg berpanjangan.
  •  Gejala alahan hidung sperti bersin, gatal hiding dsb.
 Ok...di sini saya beri cadangan set utk anda yg alami resdung/alergi...

Set Cadangan :

1- Alfalfa - membantu mengurangkan keradangan dan gatal2. Disamping ia menyahtoksin dari dalam badan .

2- BComplex - ia sebagai agen penenang dan penstabil hormone.



Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

Irfah Hamid 011 2313 3448
 FB Page:Mydeluzzidelight Shoppe




























Monday, 18 August 2014

Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi...dengan FITOSTEROL

Entri kali ini saya share bagaimana utk mengatasi masalah kolesterol anda...
Adakah anda tahu 1/3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi..

Paras Kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius di zaman sekarang yg boleh meninggkatkan risiko penyakit jantung ...yang mana adalah pembunuh NO. 1 di Malaysia. 

Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah anda:

1-LIPOPROTEIN ketumpatan rendah (LDL) - boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serengan jantung dan strok. Lazimnya, ia dikenali sebagai "Kolesterol Tidak Baik".

2-LIPOPROTEIN Ketumpatan rendah (HDL) - atau kolesterol baik dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.

Oleh itu, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Walaupun paras kolesterol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya demi melindungi kesihatan anda.

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air
  • Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap
  • Kurangkan berat badan berlebihan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTERO ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.


BAGAIMANA FITOSTEROL BERTINDAK..?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Bertindak Bijaklak Hari ini, Secara Semulajadi dengan SHAKLEE..!!

Untuk Pertanyaan dan tempahan
Hubungi : Irfah Hamid
Call/Whatssap : 011 2313 3448
FB Page : Mydeluzzidelight Shoppe


SELAMAT HARI RAYA..2014 Wif Shaklee!!

Salam Aidilfitri...
.....Masih belum terlambat ye Irfah ucapkan Selamat Hari Raya utk anda kan...hari nie dah 22 Syawal...Anda bagaimana..??!

Saya pasti..anda semua busy menghadirkan diri utk jemputan Open House sana sini kan..kan..
Irfah nak ingatkan anda jangan asyik merasa makan menu2 yg terhidang sampai x ingat kesihatan anda...bole jer makan tapi beringat2 la ye..sayangi diri anda...Kalo dah sakit nnti sape juga yg susahkan...diri sendiri juga...

Pasti anda tak lupakan supplement Wajib utk anda kan...mana yang nak maintain berat badan tuh apa yg patut ambil.#Herbalax n Lecithin@OmegaGuard..mana yg darah tinggi kencing manis gout bagai...perlu diingati tuh..mana yang ade masalah kulit dan juga jantung/kolesterol tinggi jangan lupa ambil CoQHealth @ Phytocol-ST....Pastikan smuanya bersama anda yer...

Okla...cukupla dulu tuk entri kali nie...Irfah x nak celoteh panjang2...nnti kita sambung entri lain yer

Jangan lupa jaga kesihatan...

Healthy is more Expensive than Others..!!

Untuk sesiapa yg perlukan supplement Shaklee..
Jangan segan jangan malu yer...

Just pm @ Whatssap Irfah Hamid 011 2313 3448
FB Page : Mydeluzzidelight Shoppe


Sunday, 3 August 2014

MySweetness & MyVitamin's Shoppe: KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE

MySweetness & MyVitamin's Shoppe: KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE: GLA CO MPLEX SHAKLEE Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA ·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon ...

Friday, 1 August 2014

Ramadhan dengan VIVIX dan MTG

Salam olss...dah lama tak update blog ai..hmmm..kemalasan melanda la kan..
Now dah hari ke-3 Ramadhan...
Alhamdulillah....Syukur sangat2 masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah puasa pada tahun ini...bagaimana dengan uollss..??

Nak citer la ni kan...dah 2 kali Ramadhan irfah dengan Shaklee...So mmgla awesome berpuasa dengan MTG..Mighty Three Gems Set...Wallahh..mmg bertenaga hingga waktu berbuka yer...
jangan tak caya..ini mmg irfah rasai sendiri..berbanding tahun2 yg lepas..

Heroku yg sulong pun sukakan MTG nih...Nak tau kenapa..?? Sbb kali ni dia berpuasa tak penat sangat..(Komen Izz..: mama izz rasa perut izz tak rasa lapar pun..pastu izz takdelah penat sangat )..haha..aku pun senyum jer...

Walaupun tak berpuasa...mmg irfah akan sajikan MTG ni kat hero irfah sorang nie...adik hero NAUFAL pun sama jgk...suka sangat bila campur susu dalam botol susu..nyer..hmmm..love it!!

So MTG nie mmgla sesuai utk seisi keluarga...opss lupa lak nak citer pasal ayah Hero...hmm semestinya irfah akan bg jugak la ayah Hero minum MTG kan...biar bertenaga..almaklumlah..ayah Hero kerja di bawah cuaca panas...tambah2 bulan pose ni kan..

So mmg la patut uolss semua berikan yg terbaik tuk Keluarga tercinta...
jangan tunggu lama2...Bila dah kena penangan MTG pasti uolss JATUH CINTA..


Sekarang irfah selit jugak...PROMOSI JULAI..SEMPENA RAMADHAN nie jugak.Shaklee buat PROMOSI Beli 6 Percuma 1 VIVIX...Siapa dah pernah minum VIVIX..hmmm

VIVIX memang terbaik tuk kesihatan anda..dan juga pasti uolss suka kan..Anti PENUAAN..Awet MUDA sentiasa..suka..suka..?? Pasti la uols suka kan..kan..

VIVIX nie melindungi dan pembaikan Selular DNA ...Perlindungan Antioksida...Melambatkan Penuaan....Peningkatan Tenaga Selular...Menyokong kesihatan Jantung...Menyokong kesihatan Sendi...Kesihatan Otak...Impak Positif Pengawal Selia Genetik..





So jangan tunggu lama2 tuk dapatkan VIVIX nie...mmg awesome..Irfah pun mmg dah minum VIVIX nie..mmg sedap rasanya..rasa grapes...

Nak ke Nak..??
Jom buat tempahan sekarang..

Untuk Belian Secara Online-VIVIX

Untuk Belian Secara Online - MTG

Untuk Belian Secara Online - Set Combo

Pm FB: Irfah Hamid Call/Whatssap: 011 2313 3448